Berita

GV7: Tersingkir… “Kami Tidak Kecewa, Juri Lebih Bijak” – EVA

- Diterbit 2 November 2020 2:14 AM MYT

PERJUANGAN kumpulan Eva terhenti apabila tersingkir di konsert minggu keempat, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung malam tadi.

Menurut salah seorang anggotanya Linda Eva, mereka tidak kecewa apabila tersingkir kerana percaya dengan penilaian yang telah dilakukan oleh pihak juri.

“Sebelum menyertai GV7, kami sudah faham ini adalah pertandingan. Mana-mana pertandingan pun pasti akan ada yang kalah dan menang. 

“Jadi kami tidak rasa kecewa kerana juri lebih bijak menilai persembahan semua peserta. Kami akur rezeki kami hanya sampai di sini dan itu tidak bermakna perjuangan kami terhenti. 

“Malah kami bersyukur dan rasa bertuah diberikan peluang membuat persembahan di pentas besar GV7. Banyak yang kami belajar daripada team GV7 dan segala nasihat juri takkan dipersiakan,” kata Linda kepada Wilayahku

Pada konsert keempat GV7, Eva yang menyanyikan lagu Kini nyanyian asal Feminin memperoleh markah terendah diikuti Indigo yang turut tersingkir.

Para peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya ialah Ayu Damit, Yantzen, Noraniza Idris, Muss, Aku Success, Cliff Omar, Linda Nanuwil, Rozita Izlyn, Nomad, Ashira dan Oja.

Jangan lupa tonton Konsert GV7 setiap Ahad, pukul 9 malam, di Astro Ria. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas