Berita

PKPD Hentian Kajang: Terima Kasih Barisan Hadapan

PENGORBANAN barisan hadapan hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima Kasih.
- Diterbit 1 November 2020 1:09 PM MYT

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Plaza Hentian Kajang bermula 28 Oktober lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk. 

Bukan sahaja risau dengan tahap keselamatan disebabkan kes COVID-19 semakin meningkat, tetapi juga bekalan makanan yang berkurangan.

Namun, beban perasaan yang mereka alami semakin berkurang apabila para barisan hadapan menjaga semua penduduk dengan baik.

SEBAHAGIAN penduduk Hentian Kajang beratur untuk menerima sumbangan makanan.

Menurut salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Shira, dia rasa selamat apabila barisan hadapan banyak membantu penduduk di Hentian Kajang.

” Selain kami sering diberikan maklumat terkini serta peringatan yang berulang kali, kehadiran mereka juga membuatkan kami tidak panik.

“Sewaktu proses swab test, sama ada warganegara atau tidak, semuanya dilayan dengan baik. Walaupun mereka sebenarnya kelebihan, tetapi itu semua ditolak tepi demi menjalankan tugas.

ANTARA bantuan makanan yang diberikan kepada semua penduduk

“Bukan itu sahaja, kami juga tidak risau untuk makan kerana bekalan makanan diberikan kepada semua penduduk tanpa mengira taraf kerakyatan.

“Terima Kasih Barisan hadapan. Hanya Allah yang mampu membalasnya,” ujar Shira yang juga pengusaha salon di Hentian Kajang.

Terima kasih semua barisan hadapan yang terlibat seperti kakitangan kesihatan, polis, tentera, bomba, Majlis Perbandaran Kajang, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan semua yang terlibat dalam membantu usaha membendung wabak bahaya ini.

Sama-sama kita doakan agar pandemik COVID-19 ini dapat dihapuskan. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas