Berita

NEELOFA Berpurdah, “Syukur Dengan Kurniamu Mengamanatku Bidadari Terindah,” – Ibu

|SAAT-saat indah Kartini memeluk anaknya Neelofa yang kini berpurdah.
- Diterbit 15 Oktober 2020 9:48 AM MYT

PENAMPILAN baharu pengacara dan pelakon Neelofa cukup membuatkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed tersentuh hati. 

Menerusi instagramnya, Kartini meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan anak yang dianggapnya seperti bidadari terindah dalam hidupnya. 

SAAT-saat indah Kartini memeluk anaknya Neelofa yang kini berpurdah.

“MashaAllah.MashaAllah.. Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan kurniaMu mengamanatku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Amin..

“Love you bidadariku @neelofa,” tulisnya.

Instagram will load in the frontend.

Sebelum itu, Neelofa telah memuat naik beberapa keping gambar di instagram yang menampilkan imejnya kini berpurdah. 

Dalam hantaran tersebut, pengacara Next To Neelofa ini juga turut menyertakan kapsyen iaitu maksud petikan daripada ayat Al-Quran iaitu Surah Yunus Ayat 26.

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.

“Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya,” tulisnya.

Dalam ruangan komen, rata-ratanya positif dan memberi inspirasi buat warganet serta para selebriti.

Antara selebriti yang turut meninggalkan komen ialah Datin Paduka Umie Aida, Ashraf Muslim, Zoey Rahman, Linda Rafar, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi.

Semoga Neelofa terus istiqamah dan menjadi inspirasi buat semua wanita di luar sana. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas