Selebriti

Nazim buka hati kahwin lagi

NAZIM sedia bergelar suami lagi.
- Diterbit 28 Mei 2020 1:00 PM MYT

SELEPAS dua tahun menyandang gelaran duda, kini pelakon Nazim Othman mengakui hatinya sudah terbuka untuk mengisi kekosongan hatinya dan berkahwin semula.

Menurut Nazim, 36, sudah tiba masa untuk dia berbuat demikian apabila memikirkan faktor umur, selain sementara masih sihat dan berkemampuan.

“Pada usia sekarang, tiada apa yang saya minta selain Allah dekatkan jodoh kepada saya. Selepas dua tahun, akhirnya saya buka semula hati untuk berkahwin.

“Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Saya bukan muda lagi, waktu berseronok pun sudah habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkan,” kongsi Nazim.

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut memohon maaf kepada semua pihak yang pernah terasa hati dengannya secara sengaja atau tidak.

“Dah dua tahun single, sampai kadang-kadang tertanya dekat Allah, apakah terlalu besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai?

“Selain mintak ampun dengan Dua, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia,” katanya.

Untuk rekod, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita Bella Dally pada September 2016.

Bagaimanapun, mahligai dibina pasangan itu tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei 2018. -WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas