Selebriti

Nabila Razali mohon maaf nyanyian terkucil

|
- Diterbit 1 Jun 2020 9:07 AM MYT

PELAKON dan penyanyi, Nabila Razali membuat permohonan maaf kerana telah mengecewakan peminat selepas nyanyian secara langsung terkucil pada sebuah program di televisyen baru-baru ini.

Nabila, 27, ketika itu membawakan lagu baharu miliknya yang berjudul Peluang Kedua.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin minta maaf kerana mengecewakan anda. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa selain diri saya.

“Saya akan memperbaiki diri untuk masa akan datang. Bella pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tulis Nabila menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Nabila turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti memberikan kata-kata semangat buatnya.

“Kepada yang DM (direct messenger), WhatsApp dan hubungi untuk menenangkan saya, terima kasih kerana selalu ada bersama Bella. Bella doakan yang baik-baik buat anda semua,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan turut dihujani kata-kata semangat daripada peminat termasuk pencipta lagu itu iaitu Hael Husaini.

“Still proud of you,” tulis Hael.

Untuk rekod, lirik video lagu terbabit sudah mencecah 5.9 juta tontonan di laman YouTube rasmi Nabila Razali Entertainment.

Lagu berkenaan juga pernah mendapat tempat pertama dalam beberapa carta tempatan seperti Top 10 Spotify, iTunes, dan Top 10 Most Streamed Singles in Malaysia. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas