Belia Bakti Putrajaya serah sumbangan alat tulis
MUHAMAD SYAZMIR (tengah) bersama barisan guru dan anggota pentadbiran SMK Presint 5 (1), Putrajaya selepas penyerahan sumbangan alat tulis baru-baru ini.

Belia Bakti Putrajaya serah sumbangan alat tulis

PRIHATIN. Kira-kira 132 murid Sekolah Kebangsaan Presint 16 (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 5 (1) menerima sumbangan alat tulis pada 17 dan 20 Januari lalu.

Pengerusi Persatuan Belia Bakti Putrajaya, Muhamad Syazmir Ahmad Najib berkata, tujuan program itu diadakan adalah bagi memberi sumbangan alat tulis kepada murid yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Program ini merupakan anjuran pertama Persatuan Belia Bakti Putrajaya dan saya berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, sumbangan diserahkan Muhamad Syazmir dan Pengerusi Youth Power Club Putrajaya, Muhammad Ikhwan Zainal.

CATEGORIES