Selebriti

Mural ‘ROJAK’ Faizal Tahir hiasi dinding di Kuala Lumpur

ROJAK MURAL
MURAL 'rojak' sempena album terakhir Faizal.
- Diterbit 13 Ogos 2019 10:52 AM MYT

Oleh SHAIFUL AZWAN

PUTRAJAYA – Penyanyi popular, Faizal Tahir melancarkan album baru berjudul “ROJAK” baru-baru ini.

Bersempena pelancaran album tersebut, dia turut mengabadikan lukisan mural di sebuah dinding di Kuala Lumpur berserta tandatangannya.

ROJAK merupakan album terakhir yang juga merupakan album kelima penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.

Dia turut memuatkan sembilan buah lagu popularnya seperti Ragaman, Bisa Aja, Starfeather dan Ratu.

Bagi menghargai peminat kesayangannya, Faizal memperkenalkan tiga lagi lagu baharu berjudul Kamu, Until We Meet Again dan sebuah lagu runut bunyi untuk filem animasi BoBoiboy berjudul Fire and Water.

Album yang diterbitkan di bawah syarikat rakamannya sendiri, Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia telah pun berada di pasaran dan juga boleh didapati di semua platform digital terkemuka.

Terdahulu Penyelaras Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Marzuki Ahmad turut menyaksikan pelancaran mural hasil inovasi penyanyi popular tersebut yang diterjemahkan oleh pelukis terkenal, Katun atau nama sebenarnya Ab. Hafiz Ab. Rahman. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas