Artikel

Raza Holidays sasar jualan RM6 juta

RAZA Holidays Sdn. Bhd. telah menguruskan kira-kira 3,000 jemaah umrah dan bersedia memberi perkhidmatan terbaik .
RAZA Holidays Sdn. Bhd. telah menguruskan kira-kira 3,000 jemaah umrah dan bersedia memberi perkhidmatan terbaik .
- Diterbit 17 Ogos 2019 6:18 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia pakej pelancongan Raza Holidays Sdn. Bhd. menyasarkan jualan RM6 juta berdasarkan beberapa pakej umrah baharu yang diperkenalkan.

Pengarah Eksekutifnya, Anuwar Ridza Mohd Zahari berkata, syarikat tersebut kini memberi fokus kepada 12 pakej umrah seperti yang diumumkan.

“Kami mempunyai beberapa pakej umrah yang boleh menarik jemaah baru untuk merasai pengalaman beribadah melalui syarikat kami.

“Malahan kami mempunyai rekod cemerlang sejak 2014 dan berjaya memuaskan hati para jemaah yang telah menggunakan perkhidmatan kami” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Menurut Anuwar Ridza lagi, pihaknya telah berjaya menguruskan lebih 3,000 jemaah sejak 2014.

“Kami menyasarkan seramai 1,000 jemaah akan menggunakan perkhid­matan Raza Holidays menjelang tahun ber­akhir 2019.
Kata Anuwar Ridza lagi, pihaknya telah memperkenalkan Pakej Anjum, berharga RM6,990 untuk se­orang jemaah.

“Pakej ini merupakan pakej premium dengan setiap jemaah yang mendaftar la­yak mendapat rebat RM1,000 seorang yang akan diberikan semasa di lapangan terbang secara tunai,” katanya.

Selain itu, pihak Raza Holidays turut mempunyai pakej serendah RM3,990 sehingga RM 16,900.

“Kesemua pakej yang ditawarkan itu mempunyai keistimewaan masing-masing dan pihak Raza Holidays akan memastikan keselesaan para jemaah sepanjang ber­ada di Tanah Suci.

“Malahan, pihak syarikat turut menyediakan pengangkutan untuk jemaah ke KLIA,” katanya.

Menurut Anuwar Ridza lagi, pihaknya kini menggiatkan lagi aktiviti pemasaran mengenai pakej-pakej yang sedia ada termasuk pembangunan ejen-ejen pelanco­ngan.

“Aktiviti peemasaran juga termasuk melalui medium atas talian yang akan diguna­kan sepenuhnya memandangkan capaian internet hampir seluruh tempat di Malaysia.

“Selain itu, kami turut menyertai pameran yang disediakan oleh Matta dan agensi-agensi yang berkaitan untuk memasarkan produk-produk syarikat,” katanya.

Menurut Anuwar Ridza lagi, pihaknya kini sedang giat memasarkan pakej In-Bound dan Out-bound.

“Kami juga sedang me­neroka tempat pelancongan baru di Shenzen, China kepada pelancong-pelancong tempatan.

“Selain Shenzen, kami turut menyediakan pakej pelancongan ke Kazakhstan pada tahun ini,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas