Berita

Mufti WP dilantik Menteri Agama, CEO CIMB jadi Menteri Kewangan

- Diterbit 9 Mac 2020 11:50 AM MYT

PUTRAJAYA – Kabinet Perikatan Nasional ternyata mempamerkan kelainan apabila mengetengahkan golongan teknokrat dan pakar agama sebagai Menteri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan golongan itu selaras dengan hasrat kerajaan selain memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang
lebih fokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus serta berintegriti dengan struktur yang lebih mantap.

Jelas beliau, bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  diumumkan sebagai Menteri Kewangan manakala bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mereka akan dilantik sebagai Senator untuk membolehkan dilantik ke jawatan tersebut dan menjadi anggota Parlimen.

“Barisan kabinet saya akan dianggotai tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

“Untuk memastikan Kabinet yang berintegriti, semua anggota Kabinet telah melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sidang akhbar khas mengumukan senarai barisan Kabinet baharu itu hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas