Berita

Muafakat tunjang utama perpaduan antara kaum

Program Jiwa Madani yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak merupakan platform terbaik dalam menyatukan masyarakat
- Diterbit 10 Mei 2024 11:31 AM MYT

PENGARAH Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Labuan, Azman Sipan (dua dari kanan) menggesa setiap lapisan masyarakat agar menanam semangat muafakat sebagai tunjang utama bagi membina dan memupuk perpaduan di antara masyarakat khususnya.

Jelasnya Program Jiwa Madani yang dilaksanakan jabatannya menunjukkan kerjasama dan semangat diantara agensi dan masyarakat amat jitu dalam menjalankan pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan.

“Dengan penganjuran ini, kita dapat menghimpunkan seramai 500 komuniti di sekitar Labuan termasuk ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat untuk bersama-sama turun padang melaksanakan kerja-kerja secara gotong-royong dan ini merupakan satu platfom yang baik untuk megeratkan lagi silaturrahim dikalangan pemimpin dan masyarakat.

“Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat selain memperkukuh serta membudayakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat dan kesukarelawan dalam komuniti setempat,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas