Berita

MSWP mahu jadi tuan rumah SUKMA Ke-23

WAN UZIR (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada pengurus sukan kontinjen Wilayah Persekutuan.
- Diterbit 3 Februari 2020 9:07 AM MYT

PUTRAJAYA – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) berhasrat menjadi tuan rumah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

WAN AHMAD UZIR

Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan SUKMA 2020, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, perkara tersebut akan dibincang dan diputuskan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) esok.

“Keputusan tentang perkara tersebut akan diputuskan sejurus mesyuarat bersama MSN,” ujarnya kepada Wilayahku selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Sukan Kontinjen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Terdahulu, kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah SUKMA adalah pada edisi ke-13 iaitu pada 2013 yang lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas