Berita

Terbuka Uzbekistan, medan uji ketahanan fizikal

AL-JUFFERI yakin strategi yang disusun bakal memberi kejayaan kepada pesilat negara.
- Diterbit 3 Februari 2020 9:11 AM MYT

KUALA LUMPUR – Skuad silat olahraga negara menjadikan kejohanan Terbuka Uzbekistan yang sedang berlangsung bermula semalam hingga 7 Februari ini sebagai medan menguji ketahanan fizikal sebelum menghadapi Kejohanan Silat Dunia, Julai nanti.

Perkara ini turut diakui pesilat negara yang juga bekas juara dunia, Al-Jufferi Jumari yang lebih optimis membawa cabaran negara di Uzbekistan walaupun menyedari berdepan tugasan yang berbeza.

“Kami menyusun strategi untuk berhadapan saingan di Uzbekistan. Tahap fizikal mereka jauh lebih baik berbanding pesilat negara jadi strategi dan corak permainan yang bijak harus ditampilkan,” katanya.

Selain Jufferi, 11 lagi pesilat negara ke Uzbekistan turut cemerlang sebelum ini apabila meraih empat pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Asia, Yanji, China tahun lalu.

Dalam pada itu, Jufferi juga turut menyambut baik perancangan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengenai penubuhan pasukan pelapis kebangsaan dalam masa terdekat.

“Ini merupakan satu perkara yang baik bagi meningkatkan lagi persaingan antara pesilat,” tambahnya.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas