PUTRAJAYA – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) berhasrat menjadi tuan rumah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan SUKMA 2020, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, perkara tersebut akan dibincang dan diputuskan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) esok.
“Keputusan tentang perkara tersebut akan diputuskan sejurus mesyuarat bersama MSN,” ujarnya kepada Wilayahku selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Sukan Kontinjen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Terdahulu, kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah SUKMA adalah pada edisi ke-13 iaitu pada 2013 yang lalu. – WILAYAHKU