PERLUMBAAN Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP Malaysia) 2021 akan berlangsung dari 22 hingga 24 Okt ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) iaitu seminggu lebih awal daripada dijadualkan berikutan pembatalan GP Australia untuk musim kedua berturut-turut.
MotoGP Australia di Litar Phillip Island itu sepatutnya berlangsung pada tarikh tersebut tetapi dibatalkan susulan sekatan perjalanan masuk ke negara itu dan masalah logistik akibat pandemik COVID-19.
MotoGP Malaysia sepatutnya dijadual diadakan pada 29 hingga Okt ini.
MotoGP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya berharap MotoGP Australia akan kembali diadakan pada tahun depan.
Selain itu, ia juga mengesahkan tambahan pusingan MotoGP Portugal (GP Algarve) musim ini dari 5 hingga 7 Nov 9 ini selepas pusingan pertama diadakan dari 16 hingga 18 April lalu. – BERNAMA