Berita

MOA anjur karnival kerjaya dengan kerjasama JobsMalaysia

KARNIVAL Kerjaya yang dianjurkan oleh MOA dengan kerjasama JobsMalaysia di MAEPS Serdang. - FOTO:NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 30 September 2019 2:45 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dengan kerjasama JobsMalaysia menganjurkan karnival kerjaya selama dua hari bermula Sabtu lalu, di MAEPS Serdang.

Karnival yang menyediakan maklumat dan mewujudkan peluang untuk graduan dan bakal graduan itu melibatkan 60 syarikat dengan lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

MOA dalam satu kenyataan memberitahu, peluang tersebut meliputi pelbagai bidang tidak terhad kepada bidang pertanian sahaja.

“Karnival ini turut terbuka kepada semua golongan pencari kerja termasuk lepasan sekolah, graduan universiti, ibu tunggal dan golongan tercicir persekolahan.

“Kementerian juga akan mempertingkatkan aktiviti promosi dan penerangan di seluruh pelusuk negara untuk meningkatkan minat generasi muda menyertai program-program berkaitan agromakanan termasuk India dan Cina,” katanya.

Dalam pada itu, kementerian juga telah mewujudkan Program Agropreneur Muda di dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur 18 hingga 40 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas