Berita

10, 000 tonton Konsert Rahmah

PERSEMBAHAN Datuk Ramli Sarip pada Konsert Rahmah di Dataran Putrajaya. - FOTO:NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 30 September 2019 2:36 AM MYT

PUTRAJAYA – Kira-kira 10,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya untuk menyaksikan Konsert Rahmah sempena Karnival Rahmah 2019 di sini semalam.

Konsert yang dihoskan oleh dua personaliti TV Al Hijrah iaitu, Farah Diana Mohd. Anuar dan Luqman Hakim membariskan artis-artis ternama tanah air antaranya Lagenda Rock Tanah Air, Datuk Ramli Sarip, penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, Aishah dan Azmi Caliph Buskers.

Selain itu, konsert ini juga diserikan lagi dengan persembahan puisi dan sajak yang mengenengahkan konsep rahmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim turut hadir menyaksikan konsert berkenaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas