Berita

MKN tetapkan SOP penghantaran bulan Ramadan

KHIDMAT e-hailing pada bulan Ramadan dibenarkan operasi seperti biasa. Gambar hiasan
- Diterbit 19 April 2020 8:50 AM MYT

PUTRAJAYA – Waktu penghantaran bagi makanan sepanjang Ramadan ini akan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Menteri-Menteri Berkaitan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pagi tadi.

“Ini termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk penghantaran makanan ini,  jarak kawasan penghantaran dan sebagainya.

“Selain itu, perlu diambil kira adalah penghantaran makanan untuk waktu sahur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, waktu operasi bagi penghantaran makanan dan barangan ditetapkan pukul 8 pagi hingga 8 malam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas