Utama

Misi MAFI prihatin ke Pahang bantu mangsa banjir

- Diterbit 21 Januari 2021 8:23 AM MYT

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini melancarkan Misi MAFI Prihatin ke empat kawasan Parlimen di Pahang bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

MAFI dalam kenyataan memaklumkan Misi MAFI Prihatin ke Parlimen Lipis, Jerantut, Kuala Krau dan Maran itu dijalankan atas inisiatif Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Ia melibatkan penghantaran bantuan makanan, keperluan asas dan peralatan elektrik, hasil sumbangan dan tanggungjawab sosial pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian,” menurut MAFI di sini.

Katanya bantuan lain juga akan diserahkan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi membantu meringankan beban kumpulan sasar MAFI iaitu petani, penternak dan nelayan di kawasan yang terlibat.

Misi MAFI Prihatin akan diteruskan ke negeri-negeri yang terjejas banjir bagi meringankan beban mangsa banjir. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas