Biz

Menangi baucar beli belah RM5,000 di Suria KLCC, Alamanda

|
- Diterbit 24 Jun 2020 4:09 PM MYT

PENGUNJUNG Suria KLCC dan Alamanda Shopping Centre berpeluang memenangi baucar beli belah bernilai RM1,000 hingga RM5,000 menerusi kempen ‘The Golden Ticket’ bermula 19 Jun sehingga 19 Julai nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kempen ‘The Golden Ticket’ diadakan sebagai usaha menghargai pengunjung yang hadir ke kompleks beli belah naungan Kumpulan Suria KLCC di samping memberi ganjaran serta pengalaman membeli belah terbaik kepada pelanggan.

“Bagi menyertai kempen ‘The Golden Ticket’ ini, pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minima (RM150 ketika mereka membeli-belah di Suria KLCC dan RM300 ketika berbelanja di Alamanda Putrajaya) dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih dan membawanya ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk mengesahkan penerimaan resit tersebut.

“Seterusnya, mereka akan di bawa ke Centre Court untuk memilih beg bertuah berisi sampul yang mengandungi sama ada ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’.

“Sekiranya pembeli memenangi ‘Golden Ticket’, mereka akan memenangi baucar membeli-belah bernilai RM5,000 (Suria KLCC) dan baucar beli-belah bernilai RM1,000 (Alamanda) manakala bagi ‘Purple Ticket’ pula, mereka bakal mendapat baucar bernilai RM50 (Suria KLCC) dan baucar belanja bernilai RM50 (Alamanda),” katanya.

Menurut Andrew, tempoh berlangsungnya kempen tersebut adalah sehingga 19 Julai bagi Alamanda dan 12 Julai di Suria KLCC manakala kempen terhad kepada 100 pembeli setiap hari.

Dalam pada itu, ujarnya, sebagai penghargaan, pemenang ‘The Golden Ticket’ akan diraikan dengan kesempatan bergambar di “Wall of Winners” yang eksklusif di Center Court pusat beli belah selain ditemuramah dan dipaparkan di platform media sosial Kumpulan Suria KLCC.

“Untuk memastikan kempen kali ini lebih bermakna, Suria KLCC menawarkan dua baucar beli belah bernilai RM5,000 pada setiap hujung minggu, sepanjang tempoh kempen ini berlangsung,” katanya sambil menegaskan kesihatan dan keselamatan pembeli diutamakan sejajar normal baharu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas