Selebriti

“EBIT Rindu Mak Sangat”- USTAZ EBIT LEW

|EBIT akui doa ibunya membuatkan dirinya sentiasa bersyukur dan sering membantu golongan susah|EBIT Liew juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di 10 cawangan Eliew's Mart miliknya
- Diterbit 24 Jun 2020 10:00 PM MYT

“EBIT rindu mak sangat,” luah pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew,35, ketika menziarahi pusara arwah ibunya semalam. 

Ebit yang berkongsi luahannya di laman sosial Facebook itu mengucapkan rasa syukur apa yang diperolehinya hari ini adalah berkat doa arwah ibunya dulu. 

EBIT akui doa ibunya membuatkan dirinya sentiasa bersyukur dan sering membantu golongan susah

“Terus drive (memandu) dari pejabat balik kampung ziarah kubur mak,  rindu sangat. Dah dua malam mimpi mak senyum. Rindu mak sangat agaknya. 

“Terima kasih ya Allah. Hari ini hari lahir arwah mak saya. 24 Jun (semalam). 

“Selamat hari lahir buat mak yang tercinta. Ya Allah, betapa diriku sayang padanya. Sayangi dan kasihilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku semenjak kecil.

“Kerana doa mak bapa Ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang susah. Penat bila tak dapat bantu orang. 

“Ya Allah jagalah mak di sana. Ebit rindu mak sangat. Ebit betul-betul rindu mak. Ya Allah, pimpinlah setiap langkah dan tindakan dalam hidupku ini. 

“Jangan biarkan diriku pada diri sendiri walau satu saat. Jika ada pahala kebaikan atas apa dilakukan semuanya hadiahkan pada ibu tercinta,” luah Ebit Lew yang sangat merindui arwah ibunya yang kembali bertemu Yang Esa beberapa tahun lalu.

Kita yang masih mempunyai ibu dan Ayah, hargailah mereka. Janganlah angkuh dengan kejayaan dan kebahagiaan hari ini kerana itu semua berkat doa mereka. Tanpa mereka, kita tiada apa-apa. – WILAYAHKU

EBIT Lew juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di 10 cawangan Eliew’s Mart miliknya

Sumber: Facebook Ebit Lew

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas