Artikel

Membuat pelanggan kembali dengan kemudahan-kemudahan Shopee

|||||||||
- Diterbit 15 Oktober 2021 2:44 AM MYT

PADA enam tahun yang lalu, selepas berkahwin, Jamie Thoo, 36, yang telah berpindah kembali ke Kuala Krai, Kelantan membuat keputusan untuk membuka kedai Shopee. Dia memulakan kedai Shopeenya dengan menjual koleksi mainan. Pada masa itu, baginya platform Shopee merupakan pilihan terbaik untuk memulakan perniagaan kerana tidak mempunyai ramai penjual.

Namun menurutnya, pada masa sekarang ia amat berbeza sekali dengan yang sebelumnya. “Jumlah penjual di platform Shopee telah meningkat berlipat kali ganda tetapi itu tidak bermakna seseorang itu tidak boleh berjaya. Sebaliknya, ia hanya memerlukan strategi yang berbeza,” katanya.

Bagi Thoo, ia bukan lagi menjual barang yang serupa untuk bersaing dengan penjual lain sebaliknya mengekalkan pelanggan yang sedia ada untuk kembali dan membeli barangan lain daripadanya sambil menarik dan mencari pelanggan baru. Beliau mengingatkan perkara tersebut kepada pekerjanya setiap hari.

Kakitangan Jamie Thoo ketika membungkus pesanan daripada pelanggan.

“Untuk berjaya, anda perlu berhasrat untuk mengungguli rekod penjualan sebelumnya dan tidak fokus untuk mengatasi penjual lain kerana setiap daripada kita akan mempunyai keadaan yang berbeza dari segi ukuran inventori, keuntungan dan kapasiti penyimpanan,” kata ibu kepada dua anak yang menjalankan perniagaan BABYMART.os di Shopee itu.

Jamie Thoo, pemilik perniagaan BABYMART.os di Shopee.

Dia menambah bahawa perniagaan e-dagang benar-benar bermanfaat bagi wanita dan ibu seperti dirinya kerana dia mempunyai fleksibiliti untuk menguruskan perniagaannya dan pada masa yang sama menjaga keluarganya. Kedainya kini telah menjana pendapatan lebih dari RM100,000 sebulan dengan menjual produk bayi berkualiti premium.

Produk bayi berkualiti premium yang dijual oleh Jamie Thoo.

“Pengalaman pelanggan dengan kedai anda sangat penting. Anda perlu menarik pelanggan untuk melihat produk anda terlebih dahulu. Oleh itu gambar merupakan satu elemen yang sangat penting.”

“Bagaimanapun, produk anda tidak akan menonjol sekiranya anda terus kekal menggunakan gambar atau video yang sama seperti 100 penjual lain di platform ini. Apabila anda mengambil gambar atau video, anda perlu menunjukkan produk yang sebenar dan ia sudah pasti akan mendapat lebih banyak kepercayaan daripada para pembeli.”

Tambahnya lagi, para penjual perlu memastikan bahawa pertanyaan daripada pembeli melalui live chat dapat dijawab dengan kadar yang segera. “Sekiranya pembeli harus menunggu, berkemungkinan mereka akan pergi ke kedai lain dan melakukan pembelian di kedai yang menjawab pertanyaan mereka terlebih dahulu.”

Dia juga akan menawarkan hadiah dan baucar percuma dan memanfaatkan sepenuhnya fungsi Broadcast Chat untuk terus berhubung dengan pengikutnya untuk mengumumkan penjualan produk baru dan banyak lagi.

Peniaga lain yang memulakan kedai Shopee, The Bibliophile Official Bookstore pada tahun 2017, Kiridaren Jayakumar, 29, mengaitkan kejayaan kedai dalam taliannya adalah kerana kemampuan Shopee untuk mendorong trafik dan menggalakkan pembelian secara berulang daripada pembeli.

Kiridaren Jayakumar, pemilik rasmi Kedai Buku The Bibliophile.

Dalam semua perniagaan, pembelian secara berulang merupakan satu sumber pendapatan yang paling penting, kata Kiridaren. “Saya selalu mengingatkan kakitangan saya bahawa pelanggan yang datang kembali untuk membuat pesanan adalah nadi perniagaan kami. Kita tidak boleh sama sekali kehilangan mereka.”

“Ketika saya mula menjual buku, saya menyedari bahawa saya memerlukan platform yang dapat membantu menguruskan perniagaan saya dan membuat pelanggan kembali untuk membuat pembelian ketika saya fokus untuk mengembangkannya. Jadi ketika itulah saya memutuskan untuk membuka kedai di Shopee dan belajar bagaimana untuk menggunakannya dan ternyata ia tidak sukar.”

Kedai Buku Rasmi Bibliophile mempunyai sekumpulan pelanggan yang khusus yang terdiri daripada peminat buku. Oleh kerana itu, telah menjadi tugas Kiridaren untuk mencari buku-buku baru yang menarik minat pelanggannya, dia turut mengambil kesempatan untuk menggunakan ciri dan kemudahan yang disediakan di platform Shopee untuk membantu dalam menguruskan perniagaannya.

Kedai buku fizikal merangkap Cafe milik Kiridaren Jayakumar.

“Ini termasuk ciri-ciri untuk menyiarkan kepada pelanggan kedai kami mengenai buku dan promosi baru serta fungsi Bump membantu meningkatkan promosi kedai saya pada setiap empat jam agar tetap dapat dilihat oleh pelanggan.”

Seorang pelanggan sedang mencari buku di kedai buku berkonsepkan cafe.
Kakitangan Kiridaren sedang membungkus pesanan buku.

“Selain itu, Shopee membolehkan saya mendapatkan pelanggan baru melalui peningkatan trafik platformnya semasa kempen dua digit seperti 10.10 Shopee Jualan Berjenama yang baru sahaja diselesaikan,” kata Kiridaren sambil menambah bahawa dengan pendapatan kedai rata-rata mencecah RM60,000 hingga RM70,000 sebulan, penjualan akan meningkat sebanyak 400% – 500% dalam tempoh penjualan dua digit.

Sejak 2015, Shopee telah berusaha menawarkan pengalaman membeli-belah yang selesa dan tawaran yang bagus. Ini telah menarik berjuta-juta pengguna di seluruh Malaysia dan menguntungkan berjuta-juta penjual terutama dalam kalangan komuniti perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) yang juga mendapat manfaat.

Walaupun begitu, menurut Zed Li, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan di Shopee Malaysia, lebih dari sekadar membuka kedai sekiranya penjual ingin berjaya di platform Shopee, “Kerana lebih banyak penjual menggunakan digitalisasi, mereka perlu mencari jalan untuk menonjol. Mereka perlu memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik seperti masa tindak balas yang cepat, senarai produk yang informatif dan deskriptif, gambar yang jelas, memastikan penghantaran cepat dan produk dibungkus dengan selamat, antara banyak perkara lain.”

Tambahnya lagi, penjual harus memanfaatkan ciri-ciri yang telah diperkenalkan oleh Shopee untuk membantu penjual menjangkau pelanggan yang sedia ada dalam menawarkan tawaran dan baucar baru untuk memastikan mereka kembali membuat pesanan seperti fungsi Chat Broadcast and Bump.

“Penjual juga boleh menyertai Program Penghantaran Percuma dan Pulangan Tunai Syiling Shopee. Ia bukan sahaja dapat membantu menarik pelanggan baru malah dapat mengembalikan pelanggan yang sedia ada ke kedai penjual untuk menikmati penghantaran percuma atau menerima lebih banyak Syiling Shopee yang dapat digunakan untuk mengimbangi pembelian lain.”

“Kami juga memastikan bahawa penjual akan dilengkapi dengan maklumat yang diperlukan untuk menguruskan kedai mereka dengan lebih baik. Pusat Penjual Shopee adalah laman sehenti bagi penjual untuk memeriksa prestasi kedai manakala Hab Pendidikan Penjual memaklumkan perkembangan kempen yang akan datang serta ciri-ciri yang dapat mereka manfaatkan. Penjual juga dapat memperoleh pandangan mengenai pasaran dan menemukan peluang yang belum dimanfaatkan melalui ciri Selling Coach.” – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas