Selebriti

“Memang kami betul-betul bertunang” – Sweet Qismina

|
- Diterbit 24 Oktober 2021 1:24 PM MYT

PASANGAN pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee selamat bertunang hari ini setelah tiga tahun bercinta.

Majlis yang berlangsung petang tadi di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Masing masing yang turut menjadi calon top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 memuat naik gambar pertunangan di Instagram.

“Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang.

“Kebetulan ia terjadi ketika perang kempen ABPBH 34 sedang berlangsung. Ia jauh sekali gimik, tapi sebenarnya rezeki.

“Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.

“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” ujar Artis Baharu Wanita Popular (ABPBH) 3.0 pada 2017 itu.

Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.

Sweet berkata, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun dan belum ada tarikh nikah memandangkan mereka perlu fokus kepada kerjaya lakonan apabila sektor kreatif Mula dibuka.

Sweet Qismina merupakan calon Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Adam dalam drama Bidadari Salju. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas