Selebriti

Lagu Peluang Kedua raih lebih RM400,000 menerusi platform streaming & youTube

- Diterbit 25 Oktober 2021 3:31 AM MYT

PENYANYI Nabila Razali,28, mengaku segala penat lelahnya mempromosikan lagu Peluang Kedua berbaloi apabila berjaya meraih 2x Platinum Award iaitu hasil melebihi RM400,000 di semua platform streaming dan YouTube.

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini.

“Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan. Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baharubsaya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya yang rasa bertuah diberikan peluang bekerjasama dengan komposer muda hebat Hael Husaini dan penulis lirik MFMF.

Nabila juga mengakui faktor utama kejayaan lagu Peluang Kedua adalah disebabkan kualiti, rangka promosi yang luas serta disukai ramai.

“Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut,” jelasnya lagi yang bakal muncul dengan lagu baharu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas