Selebriti

Media sosial bukan medium sebar fitnah

- Diterbit 29 Januari 2024 11:24 AM MYT

PELAKON Risteena mengakui kemodenan dan kecanggihan teknologi yang wujud sekarang telah mengubah cara berkomunikasi sekali gus memudahkan urusan dalam kehidupan seharian.

Di sebalik pelbagai manfaat yang diperoleh, tidak kurang juga ramai yang menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk menggalakkan kebencian, fitnah dan sebagainya.

“Akibatnya, hubungan sesama manusia menjadi tidak baik kerana terdapat unsur-unsur negatif yang disebar­­kan sedangkan masyarakat sepatutnya meletakkan adab dan etika sebagai pegangan sebelum membuat sesuatu hantaran,” ujarnya.

Tambahnya, agama Islam juga turut menyarankan umatnya untuk sentiasa mementingkan akhlak dalam pergaulan sekali gus ia dapat mengekalkan keharmonian dan kasih sayang.

Menyentuh soal kerjaya, Risteena akan muncul dalam drama Enjoy Your Stay (TV2) bersama pelakon antaranya Aisar Khaleed, Harris Alif dan ramai lagi.

“Untuk drama ini, saya menjalani penggambaran selama satu bulan di Sarawak dan terpaksa berjauhan dengan suami. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan penggambaran musim kedua Enjoy Your Stay akan dijalankan pada bulan Julai depan bersama pelakon yang sama dan lokasi penggambaran yang sama iaitu Sarawak,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, isteri kepada selebriti Isa Khan ini aktif menjalankan bisnes produknya, Risteena Secret. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas