WK2

Media perlu bantu kerajaan sampai berita benar

ANNUAR (tengah) beramah mesra dengan pengamal media
- Diterbit 8 Mei 2021 2:01 AM MYT

PERANAN pengamal media dalam sesebuah negara dan kerajaan sememangnya penting bagi tujuan penyaluran informasi dan hebahan mengenai
dasar-dasar kerajaan dan sebagainya.

Kerjasama antara pihak KWP dengan pengamal media terus diperkukuh bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan efektif kepada kumpulan sasar melalui program Prihatin Ramadan bersama pengamal media di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam ucapannya, Annuar menekankan tentang kesepaduan di antara pengamal media dengan kerajaan bagi menangkis pelbagai tohmahan terhadap kerajaan terutama dalam usaha untuk
memerangi wabak pandemik COVID-19.

Katanya, wujud usaha terancang daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan melalui penyebaran berita palsu yang bertujuan mengelirukan masyarakat berhubung cara kerajaan mengendalikan isu yang melibatkan pandemik tersebut.

“Melalui kerjasama erat, pihak media dapat membantu kerajaan dalam menyampaikan berita yang benar sekaligus dapat memberikan pemahaman kepada rakyat mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan yang kini sedang berhadapan dengan situasi yang paling kritikal,” katanya.

Majlis itu turut disertai kirakira 200 pengamal media cetak, elektronik dan media baharu.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Kumpulan Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd Janor, Pengarang Eksekutif Nanyang, Eric Foo Tick Fat, Ketua Pengarang Tamil Malar, Datuk SM Periasamy, Pengarang Berita Hal Ehwal Semasa RTM, Zuraida Mohammad Arif dan Pengurus Besar Wilayahku, Azlan Abdul Aziz.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas