Berita

MCPlus buka hub pengumpulan barang bantuan mangsa banjir

HUB pemberian bantuan dibuka oleh pihak MCPlus Online Tuition menjadi tumpuan mangsa banjir untuk mendapatkan keperlua
- Diterbit 31 Disember 2021 11:00 AM MYT

BANJIR besar yang melanda kawasan Hulu Langat, Selangor memberi impak mendalam kepada seluruh penduduk terjejas.

Deras air bukan sahaja menyebabkan mangsa kehilangan pakaian dan barangan berharga malah rumah yang
mencipta 1,001 kenangan bersama insan tersayang juga musnah ditenggalami air.

Prihatin terhadap situasi tersebut, pusat tuisyen terbesar di Malaysia, MCPlus Online Tuition membuka hub pemberian dan pengumpulan barang buat orang ramai yang hendak menyalurkan sumbangan kepada mangsa terjejas.

Muhammad Shakib

Menurut Muhammad Shakib Samsudin, 39, hub yang dibuka di Cheras dan kawasan berhampiran Zoo Negara itu bertujuan mem bolehkan orang ramai menyumbangkan bantuan tanpa perlu bergerak jauh.

“Jika kita dapat lihat, kini ramai rakyat Malaysia ingin membantu namun mungkin sukar buat sesetengah orang untuk bergerak ke sini (Hulu Langat). Jadi kami mengambil kesempatan untuk menjadi ‘orang tengah’ yang membawa dan menyampaikan barangan tersebut
kepada mangsa.

“Kami dapat mengumpul barang utama seperti tilam, bantal, kain pelakat, telekung, selimut, kain batik dan makanan.

“Untuk membawa kesemua barang itu, kami menggunakan dua biji treler bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan berlaku di kawasan ini memandangkan laluan sudah menjadi sempit,” jelasnya.

Sementara itu, Shakib berkata, hub pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat yang ditubuhkan sejak Ahad (19 Disember lalu) bersama orang kampung turut mendapat sambutan.

“Pada mulanya, kami sangka kesemua barang ini akan habis dalam masa empat hari sebaliknya dua jamsahaja. Malah kami juga menambah satu biji treler lagi untuk membawa barangan yang ada di hub ke sini.

“Alhamdulillah, kami sangat gembira kerana inisiatif yang dilakukan mendapat sambutan dan penghargaan daripada penduduk sekitar,” katanya yang turut menyumbangkan bantuan di kawasan Sungai Lui, Batu 15, Dusun Tua dan Sungai Serai.

Bagi memastikan mangsa terjejas menerima bantuan, MCPlus menyediakan enam kenderaan pacuan empat roda, Hilux untuk menghantar sumbangan tersebut kepada mereka yang kehilangan dan kerosakan kenderaan bergerak.

“Dengan kerjasama daripada orang kampung, kami turun agihkan sendiri ke ru mah mangsa berdasarkan laporan dan maklumat yang diperoleh dari segi bilangan isi rumah dan kawasan terjejas,” katanya.

Tambahnya, mana-mana pihak syarikat, individu atau NGO yang mahu menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir boleh melayari link https://www.billplz.com/ Bencana-Alam_PS dan laman sosial rasmi Instagram, Facebook dan Twitter MCplus Online Tuition iaitu @mcplus.my untuk mengetahui tentang misi yang dijalankan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas