Berita

6 ANTIBIOTIK GALAK TUMBESARAN HAIWAN TERNAKAN DILARANG

- Diterbit 22 Januari 2020 8:36 AM MYT

MESTI ramai yang suka haiwan ternakan gemuk dan besar kan? Macam kambing atau arnab pedaging, pembeli semestinya mencari ternakan yang gemuk-gemuk untuk dibuat satay.

Tetapi, sihatkah kambing, arnab atau ternakan yang gemuk-gemuk ini?

Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Mesyuarat Lembaga Makanan Haiwan telah bersetuju melarang penggunaan 6 jenis antibiotik di dalam makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan bagi tujuan penggalak tumbesaran (AGP) serta pencegahan penyakit ke atas semua jaiwan penghasil makanan.

Larangan tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan pengawalseliaan kualiti dan keselamatan makanan demi menjamin kesihatan haiwan serta keselamatan makanan manusia.

Larangan dijadualkan bermula 31 Ogos 2020 ini.

6 antibiotik yang dilarang adalah:

1. Erythromycin
2. Enrofloxacin
3. Tetracycline
4. Ceftiofur
5.  Tylosin
6. Fosfomycin

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas