Berita

Masjid Wilayah Persekutuan terima eskalator baharu

- Diterbit 23 April 2021 4:31 AM MYT

MASJID Wilayah Persekutuan menerima dua unit sistem eskalator baharu bagi menggantikan eskalator lama untuk keselesaan jemaah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja penggantian eskalator tersebut bermula pada 20 September 2020 tersebut siap sepenuhnya hari ini.

“Kemudahan berkenaan bakal memberikan keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat dan beribadah di Masjid Wilayah Persekutuan terutama jemaah Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua dan keuzuran lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

“Penggantian eskalator tersebut dilaksanakan setelah hampir 20 tahun semenjak Masjid Wilayah siap dibina,” katanya.

“Keseluruhan kos penggantian dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)” kata kenyataan itu hari ini.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR, Datuk Ir Habbali Ibrahim kepada Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail hari ini.-AZLAN ZAMBRY-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas