Berita

Masjid, surau Labuan ditutup kepada orang awam

- Diterbit 21 Oktober 2020 7:03 AM MYT

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan memaklumkan Masjid, Surau Jumaat dan Surau di Labuan ditutup bagi orang awam ditutup mulai Solat Zohor hari ini.

Menerusi kenyataannya hari ini, ia merupakan langkah bagi mengelakkan penularan pendemik COVID-19 susulan Labuan telah dikategorikan sebagai zon merah.

“ Semua aktiviti solat berjemaah di semua premis Masjid, Surau Jumaat dan surau ditutup bagi orang awam bermula Solat Zohor hari ini.

“Kebenaran hanya dihadkan kepada tiga orang jemaah sahaja iaitu Imam, Bilal dan seorang ahli jawatankuasa sahaja,” ujar kenyataan itu.

Walaubagaimanapun, laungan azan hendaklah dikumandangkan pada setiap kali masuk waktu solat dan bilal dikehendaki membuat pengumuman agar kariah menunaikan solat di rumah masing-masing. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas