Berita

Kelly Azman tidak puas dengan Joey Daud

KELLY (Kiri) bersama Joey Daud
- Diterbit 10 Februari 2021 3:33 AM MYT

PENYANYI dan pengacara Kelly Azman mengaku rasa bertuah apabila digandingkan dengan pelawak Joey Daud dalam telefilem Delen yang akan disiarkan pada pukul 9 malam, 13 Februari ini di Astro Citra.

Telefilem pertama arahan Janna Nick ini, membuka peluang kepada Kelly untuk dikenali sebagai pelakon.

“Dalam telefilem ini, saya bawa watak sebagai wartawan lokasi bersama pelakon hebat Joey Daud. 

“Pada mulanya saya pun tidak sangka akan digandingkan dengan Joey yang semua tahu kehebatannya dalam lakonan. Rasa segan pun ada. Iyalah.. Saya Pula baru pertama kali berlakon.

“Alhamdulillah.. saya dapat membawa watak tersebut dengan baik atas tunjuk ajar Joey. Dia seorang yang tidak kedekut ilmu dan membuatkan saya selesa serta tidak kekok bergandingan dengannya.

“Kalau ikutkan hati saya, memang rasa tidak puas berlakon dengan Joey. Harap ada peluang lagi berlakon dengannya,” jelas Kelly yang berdebar-debar menunggu reaksi penonton.

Kelly juga meluahkan rasa bertuah apabila Janna Nick memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan bakat sebagai pelakon. 

“Terima kasih Janna Nick kerana percaya dengan bakat terpendam saya. Mungkin bakat lakonan saya tidak sehebat pelakon-pelakon lain, namun apa yang lebih berharga adalah pengalaman berlakon bersama mereka.

“Saya lihat Janna Nick juga boleh pergi jauh dalam bidang pengarahan. Insya Allah, Janna akan jadi pengarah yang disegani suatu hari nanti jika dia terus fokus,” ujarnya lagi.

Selain Kelly dan Joey, para pelakon lain yang terlibat ialah Sean Lee, Janna Nick, Dini Schatzmann, Sherry Al-Hadad, Mark Adam, Annie Misha, Kissya Nick dan ramai lagi.

Jangan lupa tonton telefilem Delen yang akan disiarkan pada pukul 9 malam, 13 Februari ini di saluran Astro Citra. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas