Selebriti

Man Raja Lawak elak stres, sentiasa positif

- Diterbit 11 September 2021 9:31 AM MYT

TIDAK dinafikan, golongan selebriti adalah antara sasaran utama netizen dalam pelbagai isu. Mahu atau tidak, populariti yang dikecapi menuntut kesabaran yang tinggi terutamanya selebriti yang terpalit dengan cerita ‘panas’.

Begitulah yang berlaku kepada pelawak Man Raja Lawak, 44, baru baru ini yang mencetuskan perdebatan ramai dalam. kalangan netizen.

Mana tidaknya, setelah berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, Man sebelum ini ada menyamakan dirinya seperti Remy Ishak, Syamel dan pelajar lepasan SPM.

Berat badan Man kini turun daripada 94 ke 74 kilogram dengan secara konsiten dengan bantuan produk minuman kesihatan Bodycurv selain berjalan kaki di kawasan rumah.

Bukan itu sahaja, gigi pemilik nama penuh, Abd Rahman Kassim yang sebelum ini ‘berterabur’ pun kelihatan tersusun.

Apa yang tidak sedap didengar apabila ada yang menganggap Man seorang yang suka berfantasi apabila menyamakan dirinya dengan artis atau insan lain.

Walaupun isu ini sudah lama diperkatakan, ia masih menjadi bualab warganet.

“Bagi diri ini senang, saya anggap perihal menyamakan atau saya sendiri ‘feeling’ seperti Remy contohnya sebagai satu motivasi diri. Ia seperti doa yang baik. Kalau saya sendiri yang tak angkat diri, siapa lagi?

“Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki.

“Apabila tengok cermin memang nampak seiras kot. Kadang-kadang kelihatan macam Ben Amir pun ada. Tak ketinggalan macam Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin pun adalah sikit.

“Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat diri. Apa saya dapat pun. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma. Yang tak suka itu boleh pergi main jauh,” katanya yang berbuat demikian kerana tidak mahu stres.

“Cuma dalam masa sama, sepanjang usaha kembali menurunkan berat badan itu, ada pula klinik gigi yang bermurah hati menaja Man membuat rawatan sekitar April lalu.

“Alang alang nak menurunkan berat badan lagi kali ini, kenapa tidak saya terima juga tawaran klinik gigi itu. Hasrat nak betulkan gigi sudah ada lama, tapi saja nak tunggu orang ‘sponsor’.

“Tak sangka murah rezeki saya ada juga yang nak taja. Alhamdulilah gigi saya yang ‘bersepah’ selama ini sudah tersusun cantik.

“Barulah seiring dengan berat badan semasa dan rambut yang dipotong,” katanya.

Kata suami kepada Azlina Awalludin itu, dia sengaja kembali menambahkan berat badan tahun ini kerana ingin membuktikan keberkesanan minuman bodycurv yang banyak membantunya sejak dua tahun lalu.

“Niat saya sebenarnya nak mendidik dalam konteks hal menurunkan berat badan ini. Tak perlu nak kurus sampai kena potong usus. Saya bukan menentang mereka yang nak memotong usus. Kalau ada duit atau ada tajaan, silakan.

“Cuma kadang saya sendiri rasa kecewa apabila ada yang buat pembedahan tapi alih alih keluarkan produk kuruskan badan. Macam ‘trend’ pula. Tak apalah janji mereka ‘bahagia’. Pada akhirnya pilihan di tangan masing masing,” ujar Man Raja Lawak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas