PELAKON drama Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Makcik Petir’ meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan anak saudaranya yang juga pengarah dan penerbit iaitu Shahrulezad Mohammeddin melalui akaun media sosial Instagramnya.
“Innallilahiwainailaihirojiun
“Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.
“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yg solehin.
“Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib. Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” tulisnya.

Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.
Noryati juga diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.. – WILAYAHKU