Selebriti

Majlis resepsi perkahwinan Safawi, Syifa 3 Disember ini

||
- Diterbit 22 November 2022 4:48 AM MYT

PEMAIN bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan selebriti Syifa Melvin bakal melangsungkan resepsi perkahwinan mereka pada hari Sabtu, 3 Disember depan.

Menerusi kad majlis bertandang dan walimatul urus sebelah lelaki yang telah pun diedarkan, pasangan ini akan diraikan di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun, Terengganu.

Sebelum ini Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid, 25, pernah menafikan hubungan cintanya dengan Syifa yang diperkatakan sebelum ini.

Tidak menidak serta mengiyakan sebarang gosip yang tular tentang mereka, masing-masing lebih selesa ambil pendekatan untuk mendiamkan diri.

Namun netizen mula bau ‘nasi minyak’ Safawi dan Syifa apabila pasangan ini diusik oleh rakan-rakan terdekat.

Terbaru dalam satu perkongsian di TikTok, sekumpulan penyokong yang hadir untuk perlawanan JDT menentang Sabah FC sempat menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi.

Rata-rata netizen mendoakan agar Safawi dan Syifa kekal jodoh hendaknya dan bahagia hingga ke syurga.

Sekadar info, hubungan cinta dan perkahwinan antara pemain bola sepak dengan selebriti bukanlah perkara asing dalam masyarakat .

Misalnya pasangan Ayu Raudah dan Zaquan Adha, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli serta Mia Ahmad dan juga Izham Tarmizi.

Selamat pengantin baharu buat Safawi dan Syifa! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas