Doakan Nad Zainal

Doakan Nad Zainal

PELAKON popular, Nad Zainal kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Perkara itu dikongsi rakan baiknya yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz menerusi hantaran di Instagram Story, hari ini.

Dalam hantaran itu, Ungku juga memohon peminat dan pengikutnya mendoakan kesembuhan Nad.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” tulisnya.

Selain Ungku dan ramai artis lain yang turut mendoakan kesembuhan, bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin juga memohon doa baik-baik orang ramai terhadap pelakon itu yang kini sedang berjuang akibat komplikasi paru-paru berdarah.

Pada masa sama, dia juga memaklumkan dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada bawah jagaannya.

Nad kini dilaporkan kritikal dan dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU)di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu.

Sehingga petang semalam, Nad dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – WILAYAHKU

Share This