Berita

Mahkamah Tinggi bebaskan Khalid dari kes Akta Hasutan

KHALID BEBAS
KHALID menyatakan keputusan pembebasan daripada Akta Hasutan kepada pemberita selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskannya.
- Diterbit 30 September 2019 3:42 AM MYT

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi mengesahkan pembebasan Khalid Abd. Samad dari dakwaan di bawah Akta Hasutan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membebaskan dan melepaskan Menteri Wilayah itu apabila pihak pendakwa menarik balik rayuan mereka.

Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang membebaskan Khalid atas representasi yang dibuat oleh peguambela dari Faiz Fadzil & Co.

Khalid telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan berkaitan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 Jun 2018 lalu mendapati, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan telah membebaskan dan melepaskan Khalid daripada pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Puan Nur Ashikin Mokhtar dan Khalid diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas