Berita

Mahadi mahu selesaikan tiga perkara penting

ANNUAR menyampaikan watikah pelantikan Datuk Bandar
- Diterbit 9 Oktober 2020 5:30 AM MYT

DATUK Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk TPr Mahadi Che Ngah berikrar untuk menyelesaikan tiga perkara utama yang sering membelenggu warga kota dalam tempoh perkhidmatannya.

Masalah banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan urustadbir ibu kota menjadi fokus beliau bagi memberikan perkhidmatan kepada warga kota.

“Sebagai Datuk Bandar, saya sedia maklum mengenai permasalahan yang berkaitan dengan bandaraya ini dan perkara tersebut sering bangkitkan dalam kalangan warga
kota kepada pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tiga perkara tersebut juga selaras dengan aspirasi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama menyaksikan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar.

Sebagai ‘orang dalam’ dan pernah berkhidmat selama 35 tahun dengan DBKL, pelantikannya sebagai Datuk Bandar ke-13 yang menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilihat sebagai satu penghormatan kepada DBKL di atas pengalamannya
sebelum ini sebagai bekas Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL.

Ia dilihat mampu memenuhi aspirasi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa yang mahu melihat bandaraya ini ditadbir dengan baik dan menjadi kebajikan
warga kota yang ketika ini berhadapan dengan masalah pandemik COVID-19.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas