Berita

Macau Scam: IKHRAM JUHARI Bimbang!

|ANTARA babak lakonan Ikhram Juhari dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok|
- Diterbit 16 Oktober 2020 10:15 PM MYT

JENAYAH sindiket Macau Scam bukanlah perkara baharu di negara kita. Mereka berjaya menipu mangsa hingga mengaut keuntungan ratusan juta ringgit. 

Pelakon kacak Ikhram Juhari,28, mengaku bimbang dan berharap kesedaran tentang jenayah ini  diperluaskan lagi memandangkan masih ada yang tidak faham apa itu Macau Scam.

“Macau Scam ini dilakukan oleh orang yang bijak dalam teknologi. Mereka sangat licik sehingga kata-kata serta fakta yang dikemukakan seolah-olah benar semuanya. 

“Sampai bila kita ingin melihat perkara ini terus berlaku dan ramai lagi yang akan menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini. 

“Antara punca jumlah mangsa penipuan meningkat adalah kurangnya pengetahuan dan tidak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Takkan nak tunggu jadi Mangsa baru nak menyesal?

“Jadi, tolonglah sayangi diri dan keluarga dengan mendalami pengetahuan tentang Macau Scam. Baik artis atau bukan, ilmu tentang jenayah ini perlu didalami,” katanya tentang Macau Scam yang ‘menyerang’ semua golongan. 

ANTARA babak lakonan Ikhram Juhari dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok

Pasal kerjaya, Ikhram Juhari bawa watak utama dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok dan Maryam Qistina yang akan disiarkan tidak lama lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas