Berita

LPPSA tempuhi cabaran ekstrem di Sungai Congkak

LPPSA
KAKITANGAN LPPSA bergambar selepas menempuhi cabaran Skytrex Adventure di Sungai Congkak, Hulu Langat baru-baru ini.
- Diterbit 15 September 2019 5:44 AM MYT

KENTAL. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menerusi Kelab Jabatan Pengurusan Produk dan Proses (PMPD) telah terlibat dalam aktiviti ekstrem di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor pada 8 September lalu.

Seramai 55 peserta terlibat dalam aktiviti berkenaan termasuk pihak pengurusan jabatan dan pegawai. Pada sesi pagi aktiviti pemanas badan iaitu senaman ringan dan zumba telah diadakan. Para peserta kemudian dibahagikan kepada dua tahap cabaran iaitu intermediate dan advance.

Semua peserta yang terlibat berjaya melepasi semua halangan antaranya Flying Fox, Walking Pipe, Golden Slide dan sebagainya.

Aktiviti ini diadakan bagi memastikan kakitangan agensi berkenaan kekal sihat dengan melakukan aktiviti riadah sebagai budaya gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran untuk mencintai alam semula jadi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas