Berita

Lions Club of Labuan Mandarin sumbang cermin mata kepada pelajar sekolah

CHUA (depan, dua kanan) Samsul (depan, dua dari kiri) bersama 11 pelajar sekolah yang menerima sumbangan cermin mata.
- Diterbit 19 Jun 2022 8:00 AM MYT

SERAMAI 11 pelajar sekolah menerima pemeriksaan mata percuma dan cermin mata preskripsi percuma menerusi Program Eyes For School anjuran Lions Club of Labuan Mandarin, baru-baru ini.

Menurut penganjurnya, Chua Pui Shien, program itu adalah sebahagian daripada Program Sight First untuk menyediakan pemeriksaan penglihatan percuma, pemeriksaan mata dan sumbangan cermin mata preskripsi kepada pelajar dalam komuniti berpendapatan rendah melalui kerjasama dan sokongan Jabatan Pendidikan Labuan dan Labuan Optik.

“Seramai 11 pelajar telah dipilih dari SRJK Chung Hwa, SK Pekan Dua dan SK Layang-Layangan,” katanya pada Majlis Penyampaian Cermin Mata itu diadakan di Bilik Manikar, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Kompleks Financial Park Labuan baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat Murid, Samsul Mandisin, Sektor Pembangunan Murid, Sally Hue, Pengerusi Penganjur, Jessica Lee, Penyelaras Perkhidmatan Kelab, Yuki Wong dan Presiden Kelab/Pengerusi Zon 12 Daerah 308-A2.

Sementara itu, Samsul mengucapkan terima kasih kepada Lions Club of Labuan Mandarin bukan sahaja atas program ini tetapi juga hubungan jangka panjang dalam program kokurikulum dan sukan serta projek khidmat masyarakat sebelum ini termasuk sumbangan 219 pek makanan kepada pelajar yang memerlukan daripada keluarga B40 daripada 41 sekolah di Labuan semasa tempoh pandemik.

Chua berkata program itu adalah hasrat kelab kami untuk mengurangkan risiko kebutaan yang boleh dicegah dan membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan, terutamanya di kalangan orang muda dan tua melalui program itu.

“Kami berharap dengan pemberian kecil ini, kami dapat memberikan penglihatan yang lebih baik dan membantu mereka dalam persekitaran dan mengurangkan risiko kecederaan kepada mereka akibat penglihatan mata yang lemah,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas