Artikel

Lembah Klang perlu 3,700 beg darah seminggu

JURURaWaT mengambil sample darah untuk tujuan ujian saringan.
- Diterbit 27 Oktober 2020 10:00 AM MYT

PUSAT Darah Negara (PDN) salah satu insti­tusi bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ber­fungsi sebagai pusat koordinasi dan rujukan Transfusi Perubat­an dengan fokusnya mengutip dan mengumpul darah un­tuk kegunaan hospital Wilayah Tengah meliputi Kuala L umpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Selain itu, PDN terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, turut berperanan merancang, meluaskan per­khidmatan transfusi darah di seluruh Malaysia melalui kerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyediakan bekalan darah yang mencukupi dan berkualiti serta selamat untuk kegunaan pesakit.

Walaupun berdepan pel­bagai cabaran dan situasi luar jangka, institusi ini kekal komited dalam usaha mempelbagaikan perkhid­matan memudah cara seperti derma darah bergerak selain menambah dua operasi pusat darah statik di Mid Valley dan Puspanitapuri, Putrajaya bagi menjamin bekalan darah sedia ada mencukupi.

DR NORASRINA

Pakar Perubatan Transfusi dan Ketua Bahagian Perolehan Darah Dr Norasrina Ishak menjelaskan, PDN kekal aktif laksanakan kempen dan aktiviti derma darah melibatkan kerjasama erat pelbagai pihak, namun kerjasama berterusan bersa­ma penderma dan penganjur diperlukan bagi memastikan bekalan darah sentiasa di ta­hap yang selamat.

Beliau berkata, buat masa ini, statistik kutipannya menun­jukan kadar pendermaan yang baik namun PDN menyasarkan pendermaan dijadikan amalan berterusan oleh pen­duduk Putrajaya khususnya dan orang ramai amnya.

“Faktor ini tidak dijadi­kan ukuran sebaliknya PDN sasarkan wujud peningkatan bilangan penderma, penglibatan penganjur serta kadar pen­dermaan daripada jumlah keseluruhan penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

“Selain itu, sejak beroperasi pusat kutipan darah di Pus­panita, Presint 10 awal tahun ini, sebanyak 55 penganjur pelbagai kategori telah pun mengadakan kempen derma darah di sekitar Putrajaya dalam melestarikan jumlah kutipan darah,” katanya pada sesi wawancara bersama Wilayahku, di sini.

Berdasarkan statistik, kadar pendermaan darah di Malaysia menun­jukkan trend peningkatan setiap tahun sebanyak 25 peratus menyaksikan jumlah pendermaan darah direkod di fasiliti Kementerian Kesihatan daripada 590,517 pendermaan tahun 2010 meningkat kepa­da 743,892 pada 2019.

NISBAH PENGGUNAAN DARAH

Menurut Dr Norasrina, data penggunaan darah di Malay­sia mencatatkan sebanyak 2,000 beg darah diperlukan secara purata sehari untuk kegunaan 1,000 pesakit, termasuk keperluan di PDN adalah sebanyak 530 beg darah se­hari atau bersamaan 3,700 beg darah dalam seminggu bagi kegunaan hospital di Lembah Klang, seterusnya berupaya memastikan bekalan darah dapat diberikan tepat pada masanya kepada pesakit memerlukan.

Katanya, walaupun stok bekalan darah di seluruh negara pada masa ini ditahap optimum atau baik, namun sekiranya penderma tidak tampil menderma secara berterusan, ia secara langsung memberi impak kepada bekalan stok darah semasa di PDN serta Tabung­-Tabung Darah di seluruh Negara.

“Justeru, pendermaan secara berterusan amatlah perlu bagi memastikan simpanan stok darah semasa sentiasa mencukupi, seterusnya dapat bekalkan darah diperlukan pe­sakit dengan selamat.

“PDN ingin mengajak penderma darah komited men­derma secara konsisten setiap tiga hingga empat bulan sekali bagi memastikan bekalan stok darah di semua tabung darah sedia ada sentiasa berada di tahap yang optimum,” katanya.

TAHAP kesihatan penderma perlu diperiksa sebelum proses derma darah dilakukan.

COVID-19 GUGAT BEKALAN DARAH

Dalam pada itu, Dr Norasrina mengakui susulan daripada penularan pandemik COViD­-19 melanda, perkhid­matan kutipan dan penderma darah turut terkesan akibat pembatalan beberapa kem­pen derma darah oleh pihak penganjur yang gusarkan ke­selamatan orang ramai untuk hadir menderma.

Sehubungan itu katanya, pelbagai usaha sedang dipergiatkan oleh PDN dan Tabung­-Tabung Darah negeri dalam menggalakkan masyarakat tampil menderma darah dalam tempoh COViD­-19 kerana pematu­han prosedur operasi standard (SOP) dilaksana oleh PDN lengkap dan mengambil kira semua aspek yang diperlukan.

“Demi memastikan kese­lamatan setiap penderma itu terpelihara, pusat­-pusat kuti­pan darah di seluruh negara amalkan SOP norma baharu pencegahan COViD­-19. Selain aktiviti pendidi­kan, promosi dan publisiti berkenaan pendermaan da­rah serta ujian saringan suhu, imbasan kod QR My­ Sejahtera dan penjarakan fizikal serta pemakaian pelit­up muka perlu dipatuhi oleh petugas dan setiap penderma semasa memasuki pusat­-pusat kutipan dalam kempen bergerak yang diadakan.

“Sebenarnya tatacara pen­dermaan darah adalah satu prosedur perubatan terkawal serta selamat dijalankan bagi penderma darah, namun seperti prosedur perubatan yang lain, ia ada risiko kecil. Maka demikian, setiap bakal penderma disaring dahulu bagi memastikan tahap kesihatannya baik sebelum membolehkan mereka menderma darah dan pada masa sama memastikan darah diderma selamat untuk digunakan oleh pesakit,” katanya.

Selanjutnya, prosedur menetap­kan setiap darah yang didermakan akan disaring terlebih dahulu di makmal sebelum ia diberikan kepada pesakit bagi memastikan darah itu selamat untuk transfusi serta bebas dari sebarang jenis penyakit bawaan transfusi seperti HiV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis.

MANFAAT DeRMA DARAH

Selain itu, terdapat banyak faedah menderma darah antaranya seseorang penderma membantu menyelamatkan sekurang­-kurangnya tiga nyawa kerana setiap darah diderma diproses kepada tiga komponen sel darah merah, platelet dan plasma.

Penderma darah juga kata Dr Norasrina lagi, mereka akan layak mendapat beberapa keistimewaan seperti vaksinasi terhadap Hepatitis B, rawatan di hospital dan klinik kerajaan bergantung kepada kekerapan jumlah pen­dermaan dan tarikh akhir pendermaan darah dilakukan.

“Malah paling penting, ter­dapat beberapa kajian di luar negara seperti di Finland dan juga Amerika Syarikat yang menunjukkan penderma darah kurang ter dedah kepada risiko penyakit kardiovaskular selain dari serangan jantung.

“Dari sudut kesihatan, pendermaan darah dapat merangsang badan menghasil­kan sel­sel darah baru yang memiliki lebih keupayaan membawa oksigen ke seluruh badan. Jadi, penderma darah akan berasa sihat dan segar selepas menderma,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas