Berita

Lebih TEGAS! Kompaun RM1,000 dikenakan jika langgar PKP

DATUK SERI ACRYL SANI ABDULLAH SANI
- Diterbit 8 April 2020 9:52 AM MYT

KUALA LUMPUR – Tindakan lebih tegas diambil polis apabila memutuskan kompaun sebanyak RM1, 000 akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dengan pesalah diberikan masa selama dua minggu bagi melunaskan kompaun tersebut.

Katanya, bayaran kompaun hendaklah dibuat di pejabat Kementerian Kesihatan.

“Kompaun sebanyak RM1,000, tiada rayuan. Kalau tak bayar bererti boleh mohon untuk dibicarakan di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Jelas beliau, kadar kompaun sama tetap dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan PKP berulang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas