Berita

Covid-19: Kes positif cecah 4,119, kematian ke-65

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 8 April 2020 10:10 AM MYT

PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 ini melebihi 4,000 selepas 156 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,119 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi, 166 pesakit dibenarkan keluar hospital dan menjadikan 1,487 disahkan pulih sepenuhnya.

Katanya, terdapat dua kematian baharu direkodkan dengan salah seorang darinya merupakan warga Pakistan.

“‘Mangsa berusia 69 tahun dan mempunyai sejarah sakit kronik. Dia turut menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

“Seorang lagi mangsa adalah wanita  tempatan berusia 58 tahun. Dia disahkan meninggal dunia petang semalam,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, jumlah pesakit pulih hari ini melebihi pesakit yang disahkan positif Covid-19.

“Sehingga kini, seramai 76 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi
manakala 45 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dengan dua kematian baharu itu ia merekodkan 65 kematian setakat ini,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas