Berita

Laporan kajian insurans perubatan untuk pesakit HIV di Malaysia

- Diterbit 7 Mei 2021 3:18 AM MYT

YAYASAN AIDS Malaysia (YAM), dengan sokongan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah melakukan kajian untuk meneroka jurang dalam penyediaan polisi insurans dan skim-skim bagi Orang yang Hidup dengan HIV (ODHIV) di Malaysia. Laporan kajian ini dilancarkan secara maya yang berlangsung serentak di Kuala Lumpur dan Geneva.

Kajian ini dikendalikan atas ketetapan bahawa jangkitan HIV kini merupakan penyakit kronik yang dapat dirawat dan memberi kesan minimum terhadap produktiviti individu. Namun, HIV masih dikecualikan daripada perlindungan insurans – bahkan oleh syarikat insurans multinasional yang mempunyai liputan berkaitan HIV di negara lain.

Penemuan daripada kajian ini menunjukkan peluang perniagaan yang kukuh untuk liputan HIV dan memperlihatkan kewajaran ekonomi bagi majikan dan perniagaan Malaysia untuk mula mengubah perspektif mereka mengenai isu ini. Sebagai langkah penanda aras, kajian ini juga merangkumi tinjauan negara-negara membangun di mana insurans kesihatan swasta ditawarkan kepada ODHIV. Ini termasuk Afrika Selatan, Kenya, Uganda, Nigeria, Tanzania, Namibia dan Malawi di Afrika, dan Sri Lanka dan Filipina di Asia.

“Batasan dalam perlindungan insurans kesihatan mampu melemahkan kemajuan signifikan yang telah dicapai dalam rawatan HIV. Memiliki liputan lebih inklusif yang memenuhi keperluan ODHIV akan mewujudkan akses yang lebih luas kepada rawatan yang mampu menyelamatkan nyawa dan perkhidmatan pencegahan. Tanpa rawatan, ODHIV akan terlepas peluang untuk mengurangkan kematian yang berkaitan dengan jangkitan HIV, dan juga, peluang untuk menjalani kehidupan yang normal, produktif dan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi.”

“Saya menyeru kepada pemain insurans Malaysia untuk meneliti penemuan dan saranan penyelidikan daripada kajian ILO-MAF ini. Sekiranya kita boleh bersetuju untuk mengatasi halangan ini, kita dapat menjangkakan hasil yang sangat positif dalam memerangi AIDS dan mempunyai masa depan yang lebih cerah bagi ODHIV di Malaysia,” kata Pengerusi MAF, Profesor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman.

MAF dan ILO berharap agar kajian ini dapat menyumbang untuk memulakan perbincangan antara pihak berkepentingan di Malaysia mengenai mempertingkatkan akses kepada insurans bagi orang yang hidup dengan HIV. Pada masa yang sama, kajian perbandingan negara membekalkan sejumlah fakta daripada tetapan lain yang boleh diikuti. Kajian ini merumuskan beberapa saranan polisi penting dan rangka tindakan yang bersesuaian terhadap pelan untuk memasukkan HIV dalam insurans kesihatan di Malaysia. Ini termasuk memanfaatkan kepimpinan oleh Kementerian Kesihatan untuk meneruskan agenda transformatif ini dan menyelaraskannya dengan Pelan Strategik Nasional untuk mengakhiri Wabak AIDS pada tahun 2030.

Kajian ini juga menyeru penyertaan daripada ODHIV untuk memberikan pemahaman mendalam tentang keperluan komuniti terbabit serta fokus dan tujuan perbincangan mengenai penyertaan HIV dalam perlindungan insurans kesihatan swasta. Akhir sekali, kajian ini juga memanggil kolaborasi pelbagai pihak berkepentingan untuk mewujudkan perundangan/polisi yang melarang diskriminasi terhadap ODHIV di semua sektor dengan alasan status HIV yang nyata atau berdasarkan syak wasangka. Ini juga menyokong visi Konsortium Perniagaan Malaysia mengenai HIV/AIDS (MBCH) dan merupakan usaha gigih Yayasan dengan sokongan pihak berkepentingan utama seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia.

Kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh ILO sebagai kesinambungan daripada Persidangan AIDS ke-24 di Amsterdam pada tahun 2018 di mana ILO menyuarakan minat yang kukuh untuk bekerjasama dengan MAF untuk mempromosikan agenda advokasi MBCH. Pada tahun 2019, MAF telah dijemput oleh ILO untuk memohon geran penyelidikan bagi mendokumentasikan respon industri insurans terhadap HIV/AIDS.

Penyelidik – Dr. Sharuna Verghis ialah penyelidik kesihatan awam di Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences, Monash University Malaysia bersama dengan Dr. Kanagalingam K Kulasingam, perunding HIV/AIDS berpengalaman luas yang turut bekerjasama dengan NGO di seluruh negara berkaitan isu itu dan juga Dr. Yap Kwong Hsia juga dari Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences, Monash University Malaysia – dilantik oleh MAF untuk menjalankan kajian dan melaporkan penemuannya.

Hadir pada pelancaran rasmi ini ialah Manuela Tomei, Pengarah Jabatan Pertubuhan Buruh Antarabangsa; David Chipanta, Penasihat Kanan untuk Perlindungan Sosial UNAIDS; Profesor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Dr Anita Suleiman, Ketua Bahagian HIV/TSD Kementerian Kesihatan dan Andrew Tan, Presiden Kuala

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas