Berita

Langkah Dubai: Setpol 4 Anwar lapor polis

- Diterbit 9 Januari 2024 11:32 AM MYT

SETIAUSAHA Politik 4 kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin membuat laporan polis berhubung spekulasi Langkah Dubai yang bertujuan menggulingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamad Mahathir Mohamad Younos.

Menurut Mohamad Mahathir kepada pemberita, laporan polis itu dibuat bagi menangkis gerakan yang menjatuhkan kerajaan yang jelas membelakangkan Akta Anti Lompat Parti.

“Langkah Dubai yang di dalangi beberapa pemimpin politik ini jelas bertujuan untuk mengganggu-gugat sistem demokrasi berparlimen walaupun setelah adanya Akta Anti Lompat Parti.

“Oleh itu, kami mengambil tanggungjawab untuk membuat laporan polis. Turut sama adalah Keadilan Cabang Bandar Tun Razak,, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak.

“Selain itu, AMK Cheras dan DAP Cheras menjadikan tujuh laporan polis yang dibuat hari ini,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas