Berita

Kerajaan berjaya capai hasil RM238 bilion

- Diterbit 9 Januari 2024 11:57 AM MYT

KERAJAAN Persekutuan berjaya mencapai hasil negara sebanyak RM238 bilion sekali gus menepati unjurannya pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka itu diperoleh hasil kutipan masing-masing RM183 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta RM55 bilion lagi menerusi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Hasil negara, kita akhirnya dapat memenuhi unjuran yang tidak selalu dicapai. Kalau JKDM itu, memang lebih (kutipan) dari yang diunjurkan. (Hasil dikutip) LHDN RM183 bilion dan JKDM RM55 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan warga Kementerian Kewangan (MOF) bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Yee dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Johan Mahmood Merican. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas