Selebriti

“Bila tayang tubuh seksi, baru ramai nak tengok” – Shuhaimi Lua

Shuhaimi bukan sahaja mahukan yang jalan cerita yang bagus
- Diterbit 25 Oktober 2021 8:00 AM MYT

PENGARAH popular Shuhaimi Lua mengaku bukan mudah untuk menarik minat masyarakat menonton sesebuah drama televisyen.

Apatah lagi mereka mempunyai banyak pilihan misalnya menonton drama tempatan atau antarabangsa yang disiarkan di platform digital seperti Netflix.

Bagi Shuhaimi, pengarah sendiri perlu kreatif mewarnai watak agar lebih menarik dan menonjol seterusnya menarik ramai penonton.

NOKI melakonkan adegan tidak berbaju ketika melakonkan aksi di sungai. Alif Hadi turut berlakon dalam drama  Oh May Hantaran (TV9).

Terbaru, Shuhaimi mempertaruhkan tubuh seksi pelakon Noki dalam drama bersiri arahannya, Oh My Hantaran yang akan disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

“Tak dinafikan, ada beberapa adegan Noki tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek. Saya yakin, bila tayang tubuh seksi, baru ramai nak tengok.

“Namun, adegan buka baju itu hendaklah bersesuaian dengan watak yang dilakonkan. Misalnya ketika mandi di sungai.

“Takkan nak mandi pun pakai tutup semua. Bagi pemuda kampung, adalah menjadi kebiasaan mandi sungai tanpa baju dan berseluar pendek,” katanya yang berpuas hati dengan lakonan Noki walaupun pertama kali berlakon.

SEBAGAI pengarah, Shuhaimi bukan sahaja mahukan yang jalan cerita yang bagus, tetapi dia juga mementingkan soal promosi drama yang diarahkannya.

Menurut Shuhaimi, Noki seorang yang berbakat dan rajin untuk belajar di lokasi penggambaran.

“Senang cakap, Noki ni mudah diajar dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik. Dia suka bertanya dan membuat research sebelum melakonkan sesuatu babak.

“Tambahan pula, Noki mempunyai pakej seperti wajah kacak ala artis Korea, tubuh sado, fotogenik dalam kamera dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Drama bersiri Oh My Hantaran mengisahkan seorang pemuda bernama Mail (lakonan Noki) mahu berkahwin dengan Mira (lakonan Elisya Sandha).

Ayah Mira tidak menyukai Mail yang berasal dari keluarga miskin, sebaliknya mahu jadikan pemuda lain sebagai menantu.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Mail untuk melembutkan hati Ayah Mira.
Nak tahu lebih lanjut, tunggu siaran drama bersiri Oh My Hantaran di TV9 tidak lama lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas