Berita

Seluruh Labuan diisytihar zon hijau

|
- Diterbit 2 Mei 2020 8:31 AM MYT

LABUAN – Labuan diisytiharkan sebagai zon hijau sepenuhnya dan tiada rekod pertambahan kes Covid-19 setakat hari ini.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) dan Kementerian Kesihatan (KKM), tiada penambahan kes terbaru sepanjang tempoh 14 hari.

Pengerusi Pengurusan Bencana Alam Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, pencapaian itu susulan hasil kerjasama semua petugas baris hadapan dan warga pulau ini.

“Syukur ke hadrat Allah kerana semalam, kita mencatatkan sifar kes Covid-19.

“Hari ini, kita mencapai kejayaan menjadikan Labuan sebagai zon hijau,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, pulau ini merekodkan sebanyak 16 kes kumulatif dan 10 kes daripadanya adalah kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Labuan kini mencatatkan kesemua sub-zon telah menjadi Sub-Zon hijau sepenuhnya meliputi Sub-Zon 1, Sub-Zon 2 dan Sub-Zon 3. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas