Berita

47 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan pulang ke Sarawak

PELAJAR KML beratur di Terminal Feri Antarabangsa Labuan sebelum masuk ke dalam feri untuk pulang ke kampung masing-masing di Sarawak hari ini.
- Diterbit 2 Mei 2020 8:48 AM MYT

LABUAN – Seramai 47 orang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah dihantar pulang ke kampung halaman mereka di Limbang dan Lawas, Sarawak, hari ini.

Semua pelajar tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada pukul 8 pagi dengan menaiki dua buah bas serta diiringi polis.

Semua pelajar tersebut akan menjalani kuarantin di Hotel Purnama sebaik saja tiba di Limbang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, gerak pulang bagi kumpulan kedua ke Sabah pula akan dihantar pada 4 dan 5 Mei ini yang merangkumi pelajar Institut Latihan Industri (ILI), KML dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dengan menaik bas yang khas dan feri.

“Seramai 40 pelajar dari Sabah akan pulang ke Labuan pada 13 Mei nanti.

“Bagi pelajar yang berada di Kuala Lumpur, kita masih lagi menunggu jumlah keseluruhan pelajar dari pihak Pusat,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang akhbar sebelum menyaksikan gerak pulang pelajar Matrikulasi di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Dalam pada itu, Fary berkata, pihaknya telah membuat persiapan bagi menyambut kepulangan pelajar ke Labuan dalam aspek saringan kesihatan dan sebagainya. – WILAYAHKU

PELAJAR KML diberi taklimat sebelum bergerak pulang ke kampung masing-masing.
PELAJAR- PELAJAR bergerak keluar dari dewan untuk menaiki bas.
PELAJAR menaiki bas menuju ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
SARINGAN dilakukan ke atas pelajar sebelum dibenarkan menaiki feri.
SUHU badan pelajar diambil untuk menentukan mereka sihat untuk pulang.
PELAJAR memasuki feri untuk pulang ke kampung masing-masing.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas