Berita

Labuan berpotensi jadi pulau pelancongan – JWP

ROSIDA menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak asnaf pada Majlis Sambutan Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Labuan 2023.
- Diterbit 26 Mei 2023 5:00 AM MYT

JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) telah merangka pelbagai perancangan bagi membantu pembangunan pulau bebas cukai itu termasuklah menjadikan ia sebagai pulau pelancongan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Rosida Jaafar, usaha itu merupakan salah satu Pelan Pembangunan Labuan 2030 yang akan dilaksanakan.

“Labuan mempunyai beberapa buah pulau kecil yang berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan seperti Pulau Rusukan Kecil, Pulau Rusukan Besar dan juga Pulau Papan.

“Pihak kita telah mendapat permohonan terhadap pulau-pulau itu dan Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) telah dibuka kepada mana-mana pihak yang berminat.

“Kita harap kepada pihak yang berjaya dalam permohonan itu akan melaksanakan program pelancongan di Labuan dengan jayanya,” kata beliau kepada pemberita pada Majlis Sambutan Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Labuan 2023 di Dewan Arena Bukit Kuda, baru-baru ini.

Dalam majlis sama, Rosida turut berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak daripada golongan asnaf. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas