Berita

KWP tingkatkan fasa program vaksinasi

PETUGAS mempersiapkan sebuah dewan di Kolej Matrikulasi Labuan yang turut dijadikan pusat pemberian vaksin bermula Khamis.
- Diterbit 21 Jun 2021 6:40 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan meli- patgandakan usaha bagi melaksanakan fasa program vak- sinasi di Labuan kepada tahap 3,000 dos sehari bagi mencapai imuniti kelompok seawal Julai ini.

Tindakan itu dilaksanakan su- sulan Wilayah Persekutuan itu telah mencatatkan peningkatan kadar kes jangkitan COVID-19 tertinggi di negara.

Menterinya, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, pada ma- sa ini hanya 1,000 dos suntikan sehari dan ia akan ditingkatkan kepada 300 peratus dengan kapa- siti 3,000 dos suntikan vaksin sehari.

Ujar beliau, pihaknya telah memutuskan dengan persetu- juan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menghantar sejumlah 35,100 dos vaksin ke Labuan pada minggu ini. Tambahnya, jumlah itu akan ditambah lagi sekiranya kapa- siti pemberian vaksin dapat
diwujudkan.

“KWP akan mengusahakan
agar keseluruhan Labuan men- capai tahap imuniti berkelompok seawal Julai dan Labuan akan menjadi wilayah yang pertama da- lam negara yang mencapai imuniti berkelompok.
“Ini adalah komitmen dan sasa- ran kerajaan yang telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan dan jawatankuasa vaksinasi yang terbabit,” katanya dalam sidang media menerusi siaran langsung Facebook pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai masalah bekalan makanan yang dihadapi di wilayah itu, Annuar berkata pihaknya akan menghantar sebanyak 120 tan bekalan makanan tertentu ke Labuan secepatnya.

Katanya, KWP akan bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menghantar terdiri daripada 70 tan beras, 15
tar bekalan makanan ke Labuan pada Khamis ini.

“Bekalan makanan tersebut tan minyak masak, 15 tan tepung, 15 tan gula,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan lima bantuan Tambah an akan disalurkan kepada penduduk yang terkesan.
Katanya, sebanyak 3,000 bakul makanan akan disalurkan kepada penduduk Labuan yang akan di- uruskan Perbadanan Labuan.

Malah pihaknya juga mem- berikan bantuan secara one-off bernilai RM500 kepada 128 pengusaha bas mini dan bas sekolah.

“Selain daripada itu juga ban- tuan kepada 90 pengusaha teksi di Labuan sebanyak RM500 secara one-off dengan peruntukan RM45,000.
“Kita juga akan beri bantuan kepada golongan belia yang ber- niaga di bawah Program Belia Berniaga dengan kira-kira 100 penerima yang akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM500.

“Kita juga bersetuju untuk memberikan bantuan secara one-off kepada 500 penghantar makanan yang menerima bantuan RM300,” katanya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas